Pernakah Anda Berfikir Bahawa Ada Makna Di Setiap Senyuman.

Rabu, 31 Ogos 2011

Selamat Hari Guru.

Selamat Hari Guru kepada semua guru yang mengajar di Singapura.
Dari: Sofea Johan,
Kepada semua guru-guru yang telah mengajar saya selama 6 tahun, Sofea ingin mengucapakan Selamat Hari Guru. Saya ingin berterima kasih atas pengorbanan dan bantuan guru untuk membuat saya berjaya dalam mata pelajaran saya. :)

Selamat Hari Raya!




Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada semua umat Islam yang meraikan bulan Syawal pada tahun ini.

Sempena Hari Raya ini Sofea ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf dari hujung rambut hinggakan ke hujung kaki kepada guru-guru Sofea dan juga teman-teman. Terutama sekali Sofea ingin meminta maaf kepada Cikgu Tuty Erahayu kerana telah banyak dosa terhadapnya. Sofea juga ingin mengucapkan terima kasih dan meminta maaf kepada semua rakan-rakan Sofea yang sentiasa bersama Sofea walaupun Sofea dalam kesusahan dan selalu mentertawakan mereka.
Akhir kata,

Sungai disusur sehari-hari,

Dalam gelap menangkap ikan,

Kami menyusun sepuluh jari,

Salah dan silah harap dimaafkan.








Isnin, 1 Ogos 2011

Persiapan saya untuk peperiksaan lisan PSLE.




Pada tahun ini Sofea akan menduduki peperiksaan PSLE. Pada 16 Ogos bulan ini, Sofea akan menduduki peperiksaan lisan PSLE. Sofea telah mengambil kesempatan untuk melayari lelaman web yang mempunyai gambar-gambar lisan PSLE yang telah diuji pada tahun-tahun yang lepas. Sofea juga kerap membaca kepada guru-guru dan rakan-rakan Sofea untuk berlatih supaya pada hari itu Sofea tidak akan gemetar dan takut apabila membaca dan menerangkan gambar pada dua orang guru yang Sofea tidak kenal. Bahagian yang paling Sofea takutkan adalah bahagian C iaitu menceritakan pengalaman sendiri. Pada peperiksaan yang lepas Sofea telah menceritakan tentang pengalaman Sofea yang membuat Sofea terperanjat. Sofea juga akan berlatih menerangkan gambar-gambar yang diberi oleh guru-guru Sofea dan cuba memberi pendapat yang baik. Sofea juga akan menulis beberapa pengalaman Sofea di dalam buku nota Sofea untuk pengalaman yang mungkin guru akan tanya.



Sofea juga ingin mengucapkan semoga berjaya kepada semua rakan-rakan saya yang akan menduduki peperiksaan PSLE. :)

Selasa, 19 Julai 2011

Faedah Blogging.

Faedah blogging.

Satu : Blogging boleh membantu saya dengan cara memperbaiki bahasa Melayu saya.

Dua : Blogging boleh membuat saya tahu apa yang saya tulis itu bermakna atau tidak.

Tiga : Blogging boleh digunakan untuk meluahkan perasaan saya ataupun benda-benda yang saya ingin beli.

Itulah faedah-faedah blogging yang saya tahu.

Selasa, 5 Julai 2011

Katak Dibawah Tempurung.



Pada masa dahulu, tinggal seorang putri yang cantik dan comel.Putri itu bernama Qaisyah. Hidup putri Qaisyah tidak tenang kerana ibu kandungnya telah meninggal apabila dia masih seorang bayi. Bapa permaisuri Qaisyah sangat sayang kepadanya. Apabila umur permaisuri Qaisyah menjejak 5 tahun, ayahnya telah berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai anak 3. Ibu tiri putri Qaisyah sedikit pun tidak menyayanginya. Putri Qaisyah telah menjadi seorang pembantu di rumah itu apabila ayahnya tiada di rumah.

Ibu tiri dan kakak-kakak tirinya juga suka memarahi putri Qaisyah tanpa apa- apa sebab. Pada satu hari, ibu tirinya terasa ingin memakan buah mangga yang terletak di hutan yang agak jauh dari rumahnya.


Ibu tiri putri Qaisyah tahu bahawa hutan itu mempunyai binatang-binatang seperti singa, rusa dan macam macam lagi dan puteri Qaisyah tidak akan kembali dengan selamat. Dan dia juga tahu bahawa puteri Qaisyah tidak tahu ada binatang-binatang bahaya di hutan itu.

"Qaisyah, ibu ingin memakan buah mangga yang ada di hutan. Pergi petik buah mangga yang segar-segar untuk ibu. Kalau kau tidak mendapatkan buah buah mangga itu, kau jangan harap hendak pulang ke rumah ini lagi," ibu Qaisyah memerintahnya dan mengancamnya.

Dengan rela hati, puteri Qaisyah mengisikan bakul penuh dengan makanan dan pakaian. Tanpa pengetahuan ayahnya, puteri Qaisyah pun bertolak untuk pergi ke hutan.


Setelah beberapa jam berjalan di hutan tersebut, puteri Qaisyah menemui pokok mangga tersebut. Puteri Qaisyah pun memetik beberapa buah mangga yang terdapat di situ. Dia tidak perasan bahawa di tepi pokok mangga tersebut ada sebuah sarang lebah di situ. Setelah selesai memetik mangga-mangga tersebut, puteri Qaisyah dengan tidak sengaja melanggar...

Sebuah sarang lebah! Puteri Qaisyah dikejar oleh lebah-lebah tersebut. Alangkah baiknya nasib puteri Qaisyah terserempak dengan ayahnya yang mencarinya sejak beberapa jam yang lalu. Lebah-lebah itu kemudian undur dan tidak mengejar ayah dan puteri Qaisyah lagi.
Mereka pun berjalan ke rumah. Setibanya di rumah ayahnya, puteri Qaisyah melihat tiada orang di rumah.

"Ayah di mana ibu, kakak Airini dan Irdiana? Bagaimanakah ayah tahu bahawa saya ada di hutan?" tanya puteri Qaisyah kepada ayahnya.

" Ayah telah mengusir mereka dari rumah. Ayah telah memaksa ibu dan kakak-kakak untuk memberitau keberadaan kamu. Sekarang Qaisyah akan tinggal bersama ayah dan ayah akan memberi kamu kebebasan," kata ayahnya.

Puteri Qaisyah hanya mengiakan saja kata-kata ayahnya. Pada malam itu mereka berdua menikmati kelazatan buah mangga yang manis.
















Selasa, 26 April 2011

Filem Kegemaran Saya

Saya ada banyak filem kegemaran. Filem yang paling saya gemari adalah Sucker Punch






Filem kegemaran saya dilakonkan oleh Emily Browning, Abbie Cornish, Jena Malone, Venessaa Hudgens, Jamie Chung dan Carla Gugino. Sucker Punch adalah sebuah cerita 2011. Ia adalah aksi-fantasi thriller filem tentang fantasi seorang wanita muda yang telah dilembagakan oleh ayah tiri nya yang kasar. Babydoll( Emily Browning) sebagai watak utama di cerita Sucker Punch ini telah dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Dia telah pun punya rencana untuk melarikan dirinya dari kemudahan mental.



Cerita ini telah ditulis oleh Steve Shibuya dan Zack Snyder. Cerita ini juga diarahkan oleh Zack synder. Cerita Sucker Punch ini dihasilkan oleh Deborah synder dan juga Zack synder.
Saya juga suka kepada filem Lagenda Budak Setan. Cerita ini dibintangi oleh Farid Kamil, Lisa Surihani dan Que Haidar. Kasyah (Farid Kamil) adalah pengacau di University tetapi hal-hal yang berubah ketika dia bertemu bersama Ayu (Lisa Surihani) dan dia menerima dia. Namun, Kasyah harus pergi ke desa untuk menyelesaikan pelajarannya yang memaksa dia untuk berpisah dengan Ayu. Ayu kemudian bertemu bekas kekasih nya-Azmi (Que Haidar) yang mengejar dia. Cerita "Lagenda Budak Setan" ini diadaptasi dari novel popular Akashah Ahadiat 1985 dengan nama yang sama.

Isnin, 21 Mac 2011

Cuti Sekolah Saya Selama Seminggu




Cuti sekolah saya sungguh menarik. Aktiviti-aktiviti yang saya lakukan semasa cuti sekolah adalah saya pergi berenang bersama keluarga di Bukit Timah Swimming Complex, berkelah di tepi pantai, menonton Disney On Ice dan saya juga pergi ke chalet untuk meraikan ulang tahun sepupu saya selama tiga hari. Cuti sekolah saya sungguh menyeronokkan kerana saya dapat meluangkan masa bersama keluarga dan sekaligus berseronok. Selain daripada pergi bercuti di luar, saya juga menonton filem hindustan di rumah. Saya dan kakak saya menangis apabila mononton filem hindustan tersebut.

Sebenarnya saya ingin bercuti ke luar negara tetapi ibu bapa saya mengatakan bahawa mereka ada upacara yang lain di Singapura. Saya tidak suka bercuti di Singapura kerana setiap kali saya pergi ke situ tiada perubahan sehingga tempat itu menjadi membosankan. Jika saya seorang menteri persekolahan saya akan memanjangkan cuti sekolah untuk tiga bulan dan murid-murid tidak akan dapat kerja rumah untuk tiga bulan tersebut.

Selasa, 15 Februari 2011



Saya ada banyak minat. Salah satu minat saya adalah untuk memasak. Saya suka memasak makanan kampung seperti: Rendang, Sup Asam, Tomyam dan banyak lagi. Saya gemar memasak untuk keluarga saya. Saya telah diajar untuk memasak sejak umur saya enam tahun. Saya masih ingat, hidangan pertama yang saya masak untuk keluarga saya adalah telur goreng. Ahli keluarga saya amat gemar dengan masakan saya. Saya minat memasak kerana ayah saya adalah seorang tukang masak di kedainya sendiri.


Saya juga gemar menonton televisyen. Saya suka menonton kartun "Power Puff Girls" kerana bagi saya cerita itu sungguh menyeronokkan. Apabilah saya kecil, saya selalu ingat bahawa saya "Bubbles" salah satu pemain cerita itu. Saya suka "bubbles" kerana dia sungguh comel dan kelakar.


Saya juga gemar bermain bola keranjang kerana ia salah satu sukan yang menolong saya menjadi tinggi seperti bapa saya. Biasanya saya bermain bola keranjang bersama abang dan teman-teman saya. Kami bermain bola keranjang di masa lapang kami.

Sabtu, 12 Februari 2011




Tentang diri saya.




Saya suka menghadiri kenduri kerana, saya dapat berkumpul bersama keluarga dan bersembahyang bersama-sama. Saya juga boleh berdoa bersama-sama dengan keluarga saya. Selepas bersembahyang kami akan menjamu selera bersama-sama. Biasannya makanan yang disajikan dimasak oleh nenek dan mak cik saya.
Hobi saya adalah memasak, menyanyi dan makan. Saya suka memasak kerana, saya boleh masak untuk keluarga saya. Saya suka makan pelbagai jenis makanan. Salah satu daripada makanan kegemaran saya adalah spageti. Saya suka spageti kerana sosnya. Jika tiada cendawan di dalam spageti tersebut, saya tidak akan makan spageti itu
Hari jadi saya jatuh pada 18 Februari. Saya ingin memiliki sepasang kasut Supra dan baju-baju baru untuk hari jadi saya. Saya juga ingin kek coklat yang besar untuk hari jadi saya. Saya harap pada hari jadi saya, guru-guru saya tidak akan memberi saya kerja rumah pada hari itu.


Ahad, 23 Januari 2011

Pada tahun ini saya akan menduduki peperiksaan PSLE. Saya amat ghairah dan takut untuk menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah pada bulan September nanti. Pada tahun lepas, saya belajar dua jam sehari untuk kesemua subjek-subjek saya. Matlamat saya pada tahun ini adalah untuk belajar tiga jam sehari untuk kesemua subjek-subjek saya. Saya juga akan bertanya kepada guru-guru saya jika saya tidak memahami soalan atau kerja yang diberikan. Saya akan belajar dua kali lebih keras untuk peperisaan tahun ini kerana saya ingin membuat ibu bapa saya bangga kepada saya. Ayah saya pernah mengatakan kepada saya sebuah peribahasa. Peribahasa tersebut adalah "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian" yang membawa maksud bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Saya juga ingin lulus peperiksaan PSLE pada tahun ini kerana ayah dan ibu saya telah berjanji untuk memberi saya apa sahaja yang saya inginkan seperti komputer riba , telefon bimbit yang baharu dan banyak lagi. Seluruh keluarga saya telah memberi saya sokongan yang sangat banyak dan saya benar-benar menghargai sokongan yang telah diberikan kepada saya.

Rabu, 12 Januari 2011

Diri saya..

Hai,nama saya Sofea. Saya berumur 12 tahun. Hobi saya adalah bermasak. Pada tahun ini saya akan menduduki peperiksaan PSLE. Saya berazam untuk belajar dengan sungguh-sungguh. Saya ingin membuat ibu bapa saya bangga kepada saya.
Matlamat saya pada tahun ini adalah saya ingin mendapatkan:
Melayu:A*
Inggeris:A
Matematik:B
Sains:B

Isnin, 15 November 2010

Tahun 2010 di WGPS


Pengalaman saya ketika berada di sekolah pada tahun 2010 adalah,saya berasa seronok.Saya berasa seronok kerana saya telah mendapat ilmu yang diajar oleh guru-guru saya dan telah lulus peperiksaan akhir tahun yang telah diadakan dan saya juga dapat berjumpa dengan teman-teman saya setiap hari.
Kenangan manis yang saya tidak boleh lupakan apabila saya berada di sekolah adalah apabila kami mengadakan pesta untuk hari jadi guru saya.
Kenangan pahit yang saya tidak boleh lupakan sampai hari ini adalah apabila guru saya memarahi murid-murid kelas 5C kerana kami telah membuat bising.Selepas diomel oleh guru saya semua murid-murid kelas 5C melakukan refleksi tentang kelakuan yang telah kami buat di dalam buku jurnal kami.Saya amat menyesal kerana telah membuat guru saya marah.
Walaupun saya akan pergi ke darjah enam pada tahun depan,saya akn simpan memori-memori yang saya lalui di hati saya.Sekarang saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Terimah Kasih kepada guru-guru yang telah mengajar saya.

Isnin, 25 Oktober 2010

Menjelang peperiksaan akhir tahun ini saya harus belajar lebih tekun untuk semua subjek yang akan saya hadapi,yang pertama adalah saya harus lebih fokus dalam mata pelajaran bahasa Matematik dan Sains.Saya juga harus belajar untuk mata pelajaran bahasa melayu dan bahasa inggris kerana jika saya gagal mata pelajaran yang lain,saya ada subjek-subjek lain yang boleh menyokong saya . Semasa belajar di sekolah,saya akan meminta izin guru untuk mengulangkan soalan yang saya tidak mengerti.Apabila di rumah ibu akan menyemak kerja sekolah saya ataupun akan mengajar saya semula soalan-soalan yang saya tidak mengerti.Kadang kala saya juga tertidur apabila sedang belajar.

Rabu, 29 September 2010

Hujan


Inilah pantunku

Ada yang berkata

Engkaulah yang terhebat

Yang membasahi alam sekitaran manusia

Siapakah kau sebenarnya , hujan ?

Ada yang berkata

Engkau turun perlahan-lahan

Membawa kegembiraan kepada kehidupan manusia

Siapakah kau sebenarnya , hujan ?

Aku ingin kuasamu

Apatah daya aku yang lemah ini

Aku hanya manusia biasa

Engkaulah yang menghibur dunia ,

Engkaulah inspirasi .

Rabu, 15 September 2010

Hujan Air Batu

Perasaan saya tentang hujan air batu ini ialah perasaan hairan kerana ini hal yang mustahil untuk terjadi. Tetapi saya harus percaya juga kerana saya telah melihat kejadian itu dengan mata saya sendiri. Pada pendapat saya hal ini berbahaya kerana hujan air batu boleh mencederakan sebahagian daripada tubuh kami.

Saya mencadangkan kepada penduduk di kawasan yang melalui hujan air batu untuk tinggal di rumah dan jangan keluar sehingga hujan air batu itu berhenti dan untuk penduduk yang ada di luar, cepat cari tempat perlindungan di kolang blok ataupun tempat yang ada perlindungan.