Pernakah Anda Berfikir Bahawa Ada Makna Di Setiap Senyuman.

Sabtu, 12 Februari 2011




Tentang diri saya.




Saya suka menghadiri kenduri kerana, saya dapat berkumpul bersama keluarga dan bersembahyang bersama-sama. Saya juga boleh berdoa bersama-sama dengan keluarga saya. Selepas bersembahyang kami akan menjamu selera bersama-sama. Biasannya makanan yang disajikan dimasak oleh nenek dan mak cik saya.
Hobi saya adalah memasak, menyanyi dan makan. Saya suka memasak kerana, saya boleh masak untuk keluarga saya. Saya suka makan pelbagai jenis makanan. Salah satu daripada makanan kegemaran saya adalah spageti. Saya suka spageti kerana sosnya. Jika tiada cendawan di dalam spageti tersebut, saya tidak akan makan spageti itu
Hari jadi saya jatuh pada 18 Februari. Saya ingin memiliki sepasang kasut Supra dan baju-baju baru untuk hari jadi saya. Saya juga ingin kek coklat yang besar untuk hari jadi saya. Saya harap pada hari jadi saya, guru-guru saya tidak akan memberi saya kerja rumah pada hari itu.


1 ulasan:

  1. Wah, Sofea boleh masak! Seronoknya! Bila Sofea hendak jemput cikgu untuk rasa masakan Sofea? Lebih-lebih lagi spageti...hehehe!

    BalasPadam