Pernakah Anda Berfikir Bahawa Ada Makna Di Setiap Senyuman.

Selasa, 15 Februari 2011



Saya ada banyak minat. Salah satu minat saya adalah untuk memasak. Saya suka memasak makanan kampung seperti: Rendang, Sup Asam, Tomyam dan banyak lagi. Saya gemar memasak untuk keluarga saya. Saya telah diajar untuk memasak sejak umur saya enam tahun. Saya masih ingat, hidangan pertama yang saya masak untuk keluarga saya adalah telur goreng. Ahli keluarga saya amat gemar dengan masakan saya. Saya minat memasak kerana ayah saya adalah seorang tukang masak di kedainya sendiri.


Saya juga gemar menonton televisyen. Saya suka menonton kartun "Power Puff Girls" kerana bagi saya cerita itu sungguh menyeronokkan. Apabilah saya kecil, saya selalu ingat bahawa saya "Bubbles" salah satu pemain cerita itu. Saya suka "bubbles" kerana dia sungguh comel dan kelakar.


Saya juga gemar bermain bola keranjang kerana ia salah satu sukan yang menolong saya menjadi tinggi seperti bapa saya. Biasanya saya bermain bola keranjang bersama abang dan teman-teman saya. Kami bermain bola keranjang di masa lapang kami.

1 ulasan:

  1. Sofea suka "Bubbles"? Cikgu pula suka "Buttercup" sebab dia lebih tegas...Cikgu pun gemar bermain bola keranjang. Semasa cikgu di bangku sekolah dahulu, cikgu mewakili sekolah dalam perlawanan bola keranjang...tetapi tidak menang :P hehehe!

    BalasPadam