Pernakah Anda Berfikir Bahawa Ada Makna Di Setiap Senyuman.

Ahad, 23 Januari 2011

Pada tahun ini saya akan menduduki peperiksaan PSLE. Saya amat ghairah dan takut untuk menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah pada bulan September nanti. Pada tahun lepas, saya belajar dua jam sehari untuk kesemua subjek-subjek saya. Matlamat saya pada tahun ini adalah untuk belajar tiga jam sehari untuk kesemua subjek-subjek saya. Saya juga akan bertanya kepada guru-guru saya jika saya tidak memahami soalan atau kerja yang diberikan. Saya akan belajar dua kali lebih keras untuk peperisaan tahun ini kerana saya ingin membuat ibu bapa saya bangga kepada saya. Ayah saya pernah mengatakan kepada saya sebuah peribahasa. Peribahasa tersebut adalah "berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian" yang membawa maksud bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Saya juga ingin lulus peperiksaan PSLE pada tahun ini kerana ayah dan ibu saya telah berjanji untuk memberi saya apa sahaja yang saya inginkan seperti komputer riba , telefon bimbit yang baharu dan banyak lagi. Seluruh keluarga saya telah memberi saya sokongan yang sangat banyak dan saya benar-benar menghargai sokongan yang telah diberikan kepada saya.

Rabu, 12 Januari 2011

Diri saya..

Hai,nama saya Sofea. Saya berumur 12 tahun. Hobi saya adalah bermasak. Pada tahun ini saya akan menduduki peperiksaan PSLE. Saya berazam untuk belajar dengan sungguh-sungguh. Saya ingin membuat ibu bapa saya bangga kepada saya.
Matlamat saya pada tahun ini adalah saya ingin mendapatkan:
Melayu:A*
Inggeris:A
Matematik:B
Sains:B

Isnin, 15 November 2010

Tahun 2010 di WGPS


Pengalaman saya ketika berada di sekolah pada tahun 2010 adalah,saya berasa seronok.Saya berasa seronok kerana saya telah mendapat ilmu yang diajar oleh guru-guru saya dan telah lulus peperiksaan akhir tahun yang telah diadakan dan saya juga dapat berjumpa dengan teman-teman saya setiap hari.
Kenangan manis yang saya tidak boleh lupakan apabila saya berada di sekolah adalah apabila kami mengadakan pesta untuk hari jadi guru saya.
Kenangan pahit yang saya tidak boleh lupakan sampai hari ini adalah apabila guru saya memarahi murid-murid kelas 5C kerana kami telah membuat bising.Selepas diomel oleh guru saya semua murid-murid kelas 5C melakukan refleksi tentang kelakuan yang telah kami buat di dalam buku jurnal kami.Saya amat menyesal kerana telah membuat guru saya marah.
Walaupun saya akan pergi ke darjah enam pada tahun depan,saya akn simpan memori-memori yang saya lalui di hati saya.Sekarang saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Terimah Kasih kepada guru-guru yang telah mengajar saya.

Isnin, 25 Oktober 2010

Menjelang peperiksaan akhir tahun ini saya harus belajar lebih tekun untuk semua subjek yang akan saya hadapi,yang pertama adalah saya harus lebih fokus dalam mata pelajaran bahasa Matematik dan Sains.Saya juga harus belajar untuk mata pelajaran bahasa melayu dan bahasa inggris kerana jika saya gagal mata pelajaran yang lain,saya ada subjek-subjek lain yang boleh menyokong saya . Semasa belajar di sekolah,saya akan meminta izin guru untuk mengulangkan soalan yang saya tidak mengerti.Apabila di rumah ibu akan menyemak kerja sekolah saya ataupun akan mengajar saya semula soalan-soalan yang saya tidak mengerti.Kadang kala saya juga tertidur apabila sedang belajar.

Rabu, 29 September 2010

Hujan


Inilah pantunku

Ada yang berkata

Engkaulah yang terhebat

Yang membasahi alam sekitaran manusia

Siapakah kau sebenarnya , hujan ?

Ada yang berkata

Engkau turun perlahan-lahan

Membawa kegembiraan kepada kehidupan manusia

Siapakah kau sebenarnya , hujan ?

Aku ingin kuasamu

Apatah daya aku yang lemah ini

Aku hanya manusia biasa

Engkaulah yang menghibur dunia ,

Engkaulah inspirasi .

Rabu, 15 September 2010

Hujan Air Batu

Perasaan saya tentang hujan air batu ini ialah perasaan hairan kerana ini hal yang mustahil untuk terjadi. Tetapi saya harus percaya juga kerana saya telah melihat kejadian itu dengan mata saya sendiri. Pada pendapat saya hal ini berbahaya kerana hujan air batu boleh mencederakan sebahagian daripada tubuh kami.

Saya mencadangkan kepada penduduk di kawasan yang melalui hujan air batu untuk tinggal di rumah dan jangan keluar sehingga hujan air batu itu berhenti dan untuk penduduk yang ada di luar, cepat cari tempat perlindungan di kolang blok ataupun tempat yang ada perlindungan.